Wednesday, June 3, 2009

Cuti? Ya?

Hell o! Ini adalah cuti semester pertama aku.

Sekarang pukul 01:30 pagi dan perut aku lapar. Tapi tulis Blog kejap. Aha!
Cuti kali aku harap best! Tapi selalunya plan-plan konspirasi jahat selalu terbantut disebabkan hal-hal keluarga seperti balik kampung. Tapi cuti kali ni mungkin aku balik kejap ja kampung.

Semasa di rumah
Ayah ' macam mana exam sem 1, ok? '

Soalan ini merupakan soalan yang aku plan untuk tepis bila tiba di rumah. Tapi apakah daya. Aku pon cakap lah dengan sejujurnya. Haha.

Dekat maktab ada 3 tempat aku selalu ada di situ. Kelas, cafe dan bilik. Dekat sini makanan yang disajikan memang sedap tapi disebabkan ikan yang dibekalkan itu memang mengundang kemarahan pelajar yang tidak suka akan ikan lama yang dimasak. Aku pon kadang-kadang mintak tukar dengan telur goreng. Makcik tu selalu bising kalau mintak telur. Tapi, hiraukan sebab boleh muntah makan ikan bersisik banyak tu. Tapi makanan kat Cafe sedap. Hanya sediakan duit secukupnya sahaja dan boleh makan dengan sekenyangnya.

Fikiran aku mula-mula runsing dan tidak tentu arah sebab bosan awal-awal masuk dulu tapi sekarang dah ok. Setiapkan kali outing aku melepaskan hajat tersekat di Kangar. Selalunya aku ke Wonderland(Cyber Cafe) untuk update walkman aku. Lepas tu makan apa-apa yang terlintas di fikiran. Lepas kenyang selalunya aku ke bangunan lama untuk ke studio. Keadaan studio yang mengejutkan apabila pertama kali aku masuk. Drum yang mengalami kerosakan di simbal. Gitar yang selalunya off-tune. Ahaha. Minggu ke-2 berada maktab aku dah mula cari line up baru. Mula-mula sekali aku jumpa drummer la. Aza'an, dia classmate aku. Masalah timbul bila tiada yang boleh main alat bertali. Hanya senior ja yang ada. Tapi, senior di maktab aku berjiwa Indie. ??? Aku rasa mungkin pendapat bertentangan nanti bila berkerjasama di studio. Ahaha. Tapi sekarang baru ada bassist sementera. Aha.

Dalam kelas aku selalu tidur masa awal-awal masuk sebab otak aku tak set lagi dengan keadaan di hostel. Akibat tidur lewat aku tertidur dalam kelas. Selalunya waktu Add Math aku tertidur. Tapi sekarang dah ok. Aku beli gula-gula bagi mengekalkan karbohidrat sentiasa mengalir di saluran darah di kawasan mata!

Aduh, time-time ni la lapar maggi. Dah malas nak tulis dah ni.

Bai.